Powered by Blogger.
RSS

Friday, October 25, 2013

Pemakanan Untuk Gastrik

Soalan yg kedua femes kalau orang tahu aku dietitian adalah cara untuk mengelakkan gastrik. SO, kat sini aku share sikit cara2 untuk mengurangkan serangan gastrik. harap boleh membantu mereka yang mengalami masalah gastrik teruk.

-makan sikit tapi kerap supaya perut tak kosong.. pastikan jika anda makan sesuatu yg berkuah masam atau pedas, perlu ada kompleks karbohidrat bersama sup tersebut. contohnya nasi + tomyam ..nasi itu kompleks karbohidrat, tomyam tu pedas dan masam.. 

-Jaga Waktu makan!! itu paling penting. jangan rasa lapar, makan. xlapar xmakan. xboleh.. makan kena ikut time.. jarak antara makan utama adalah lebih kurang 4-5 jam manakala untuk snek adalah 2 jam.. sikit2 xpe.. tp perlu ada kompleks karbohidrat sbgai snek. jgn ambik sup atau sayur sbgai snek!

- elak minuman berkafein masa bukak puasa (teh,kopi,nescafe) utk elak perut 'terkejut' dan merangsang saraf supaya mengaktifkan penghasilan jus gaster yang berlebihan

- dptkan ubat gastrik dri doktor jika perlu

- ubat gastrik biasanya dose die 2kali sehari..dgn tu boleh dimakan masa sahur dan berbuka..ubat ini fungsinya akan kurangkan keasidan perut

-Elakkan makan yang bleh buat perut meragam seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak. kalau nak makan jugaaakkk, please follow the first rule.. MESTI ADA KOMPLEKS KARBOHIDRAT BERSAMA!

-Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

- elak mulakan makanan berat smasa berbuka.Berbuka secara ringan.Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  "terkejut"  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

-gastrik yang dibiarkan tanpa rawatan boleh berubah kepada ulser.

-elak stress!!

Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan.so,risiko tuk dpt gastrik lebih tggi. risiko serangan jantung dan strok pon boleh meningkat kalau stress berpanjangan, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.

SEKIAN.. ada sebarang soalan untuk pemakan boleh kontek sy direct 013-3135386 :)
\



2 comments:

Anonymous said...

Tq tau2 je aku tgh gastrik haha. Btw just nak jemput mari kenduri aku 22 march ni. Susah la xleh nk cntct. :) from budak k14

keyo said...

haha.. aku kol pembantu kedai mu yg angkat..