Balik berpuasa, bersahur dan berbuka bersama keluarga mmg sesuatu yg sgt diidamkan oleh setiap perantauan di bulan ramadhan ini..aku berpeluang balik kejap minggu lepas dari 5-7hb ogos.. seronook berada di rumah..hilang segala masalah (aku ada masalah ke?? hahaha)...
Ramai kawan2 yg turut sama balik..kawan2 aku yg ada kt rumah hanya 4/7 tapi cukupla memeriahkan setiap malam cuti aku.. kedai yg ada shisha mmg mnjadi pilihan kami...bukan utk isap shisha tapi sbb kedai tu sgt lenang, gelap dan best (hnya org bujang tahu ciri2 kedai begini..hik3)... asap2 BERBAU BUAH BUAHAN berkepul2 keluar dri mulut dan hidung penghisap SHISHA..wangi baunya..
Kalau masih yg tak tahu ade itu shisha, meh sy knalkan...
Cara mengambil 'berkat'nya:
- letak perisa (mcm2 ade..strwberi, apple, n macam3 lagi..)
- Barakan arang atas 'dapur' dia supaya perisa leh divaporized dah disedut
- letak air bawah 'dpur'
- sedut smpai pengsan...
CARA MUDAH - gi kedai shisha, order, sedut je...
Ape yg terkandung disebalik kewangian shisha ini...
Tembakau, nikotin, tar, karbon monoksida, karsinogen, arsenik, kromium dan plumbum hanyalah secebis daripada cebisan kisah si pembunuh ‘suci’ ini.
Interaksi antara bahan-bahan yang berisiko tinggi, ‘disucikan’ dengan lapisan air dan diadun dengan bahan perisa yang mengasyikkan, maka jadilah shisha seperti yang kita kenali pada hari ini.
KARBON MONOKSIDA
Karbon monoksida. Malang yang tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa, juga tidak merengsakan.
Keracunan karbon monoksida mampu menjejas sistem pengangkutan oksigen dengan begitu berkesan sekali. Kekurangan bekalan oksigen seterusnya menyebabkan tergendalanya sistem saraf sentral, lantas sakit kepala, kepeningan menyusul.
Vertigo, konfusi, halusinasi, delirium, amnesia – kesemuanya menanti dalam senarai komplikasi keracunan karbon monoksida.
NIKOTIN DAN TAR
Nikotin, walaupun berperatusan kecil, tetapi kebiasaannya para penghisap shisha menyedut asap shisha dalam kuantiti yang banyak menyebabkan kuantiti nikotin yang disedut, turut meningkat!
Sudah tentulah tembakau tidak mengandungi tar, kerana ia tidak diperbuat daripada tar, sebaliknya, ia menghasilkan tar! Dengan kata lain, tar adalah bahan hitam legap dan berminyak yang terhasil daripada pembakaran kayu, arang atau tembakau.
Bahan inilah yang menyelaputi paru-paru dan menyumbat sel-sel pernafasan seterusnya menyebabkan kanser paru-paru. Kajian menunjukkan bahawa penggemar shisha 5 kali ganda lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru berbanding orang yang tidak merokok.
LOGAM BERAT
Asap shisha juga mengandungi logam-logam berat yang tidak dapat ditapis sepenuhnya oleh lapisan air. Plumbum contohnya, berupaya mempengaruhi sistem saraf sentral dan menimbulkan tanda-tanda kronik keracunan, termasuklah sakit kepala, kehilangan selera makan, anemia, kelesuan serta insomnia.
KARSINOGEN
Selain itu, karsinogen yang terbebas di dalam asap shisha boleh menyebabkan kanser. Kajian yang dilakukan di Yaman menunjukkan risiko kanser esofagus dan gastrik meningkat di kalangan penghisap shisha berbanding orang yang tidak merokok. Ia juga meninggikan risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak dua kali ganda dan berkadar terus dengan kekerapan penggunaannya. Kanser mulut juga telah dilaporkan dialami oleh penghisap shisha di Mesir.
JANGKITAN VIRUS DAN BAKTERIA
Di Mesir, penyakit tuberkulosis menjadi suatu kebiasaan di semua hospital disebabkan perkongsian muncung paip shisha yang mendedahkan para penghisap shisha kepada bahaya jangkitan penyakit yang merebak melalui air liur.
Jelas sudah bahawa filter air yang berfungsi di dalam shisha tidak dapat menapis sepenuhnya bahan-bahan toksik dan karsinogen yang membahayakan kesihatan, bahkan penggunaannya juga meningkatkan kandungan toksin dalam badan dan risiko jangkitan penyakit yang merbahaya.
HUKUM DARI SUDUT AGAMA
HISAP SHISHA = HISAP ROKOK = TAK HALAL..huhuhu..(no komen)
"Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri." - SURAT PEMBACA ;P
**MALAM TU JUGAK AKU NMPAK SEORANG PEREMPUAN MELAYU BERTUDUNG TURUT SAMA NAIK ISAP SHISHA DENGAN PAKWE DIA kot...AKU NGN KWAN2 DUK TENGOK JE DIA..NK TGOK RUPE MCAMANA..OTAI SGT.. --jangan korang isap shisha pompuan oOoii..xpayah layanla benda2 mcm ni..xsesuai dengan korang yg sepatutnya berjiawa lembut, sopan santun dan menjaga kehormatan diri..lagipun korang punye 'imunisasi' badan rendah sedikit berbanding lelaki..korang lebih cenderung nk dpt pelbagai jenis kanser..adduiiii..tolongla jgn sedut benda2 mcm ni...-- pesanan dari pencinta wanita..hoho...**
Tu jela yg aku rasa nk share kali nih.. ingtan utk diri sendiri jugak.... ;)
Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa pada hari yg ke 8~!
No comments:
Post a Comment