Powered by Blogger.
RSS

Tuesday, January 17, 2012

Bisnes??

Assalamualaikum..lama rasanya aku xupdate blog nih...sibuk ngn macam2 hal..
KERJA,PART TIME,RUMAH, CINTA..ooPPsss..;p

Aku nk citer pasal bisnes je kalinih sbb ramai kawan2 aku yg dh terlibat dalam bisnes..
Ada yg bukak tempat tusyen (BAZILAH..hehe).. bisnes cupcake (NAQIAH)..bisnes Electromagnetic terapi.. bisnes minyak wangi n mcam2 bisnes lagi..aku?? belum start lagi sbb masih ada komitmen yg belom setel...

Orang kata umur muda elok buka bisnes sbb umur mcm ni kita btol2 blh bina tapak utk lebih maju..nti dh umur 30, pnigaan dh stabil... umur 40 dah mantap n buleh buka mcam2 jenis perniagaan lagi atau kembangkan cawangan.

Ape yg aku crita ni adalah berdasarkan gerak hati dan pngalaman aku la..xde sgkut paut ngn sape2..if sape2 ada opinion lebih baek, teruskan..xmau gado2 ;D

Aku mula berbisnes masa sekolah rendah lagi...aku beli gula2 byk2 pastu jual kt skolah..untung sposen dua je tapi kpuasannya tak ternilai. Bisnes sterusnya, aku jual kacang sira..ma aku buat..dia seal guna api pelita dalam plastik eskrem..hehe..aku yg jual..dapat byk jugak tapi masuk tabung rumahla..kami bkn org senang..duit tu utk blanje skolah..
tu cerita bisnes zaman kecik2 dlu..sekarang dah stop sbb bila dh besar, modal pn nk besar utk dpt untung besar.hehe

Sekarang aku makan gaji..hari2 pegi keje balik keje..gi part time mengajar tuisyen darjah dua..cari duit lebih sikit..lepas minyak kete pn xpe dh.. dalam kepala aku ada mcam2 bisnes yg aku nk buat TAPI aku sgt2 xberminat bisnes MLM atau yg terlibat dengan proses cari2 org.. xsuke! xsuke! kalau bisnes jual2 barang, aku suke :D

Alhamdulillah..sekarang aku dah siapkan smua utk masa depan..Rumah kt kg..kereta..rumah sendiri (on the way..INsyaAllah tahun ni setel smua siap duduk..proses ambik rumah lama sgt ngn bank)..BINI pun OTW... aku bkn memilih n aku xlayak memilih..walaubagaimanapun, aku ada HAK memilih sebab pmpn tu nk jadi bini aku, bkn bini korg! jadi pape, aku tanggung, bkn korg..hehe..bukan memilihla..tapi mencari yg serasi je.. :)

Kalau xde pape halangan, umur 35 nanti aku akan ada bisnes sendiri...dalam perancangan lagi..kenapa umur 35?? ada sebabnye...hehe..dengan isteri yg memahami disisi (cheewwaaahh), aku rasa aku buleh setup perniagaan sendiri..dengan izin ALLAH..kita hanya merancang...
setakat ni ape yg dirancang masih dlm kawalan la.. tengokla..harap2 smua lancar..

Kalau boleh, aku nk list down ape yg aku inginkan dalam hidup... ntahla..aku xrasa aku inginkan kemewahan..ada duit pn aku bkn beli brg2 branded, xpakai kete mahal..biase2 je..tapi aku rasa aku nk sumthing yg best..yg buat otak aku sentiasa bergerak..buat hati aku puas..

Buat masa sekarang sampai 35, aku dh kna stop fikir pasal nk buat pape yg baru, kcuali bini nk kuar modal la ;p tapi xnk kacau dia la..dia nk smbung buat degree..abg support!!! gogogo! hehe.. umur 35 nnti kita pikir okey..^_^ (sory, terjiwang)

Aku rasa aku boleh buat! malaysia boLEH!!boleehh!!! bolLLehhh!!

Monday, January 2, 2012

10 soalan sebelum masuk meminang

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwinan bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

sumber asal : http://0nlypr0digy.tumblr.com/