Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, July 6, 2011

AL mathurat yg lama dilupakan...

salam..selamat pagi pd yg mmbaca..
Pgi ni nk share pasal AL mathurat..sape yg xpnah dengar? aku pn lama xsebut sbb lama xbaca..dulu hari2 baca kat MRSM beseri..subuh sekali, lpas asar sekali...smpai leh nk hafal ayat2 dia...skarang kena eja2 sikit baru leh baca elok..huhu..tula perbezaan hati bersih dan g dh xbrapa putih..heehe. ;(

ape tu mathurat?
Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

kenapa nk baca ye??
Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


--- Begitu besar kelebihan membaca mathurat bagi umat islam....ramai yg telah melupakanny atau yg tidak mengetahuinya....---

ade org pesan suruh mengaji lepas subuh supaya xmngantuk...tp quran ade 1 je..kawan guna utk mngaji td..so, baca mathurat jela...

aku takut utk memulakan perubahan kerana takut tidak istiqamah dlm perbuatan..ya Allah, tetapkanlah hatiku, istiqamahkanlah perbuatan baikku di dunia supaya aku mendapat tempat di akhiratMu ya Allah...



sekian- ilmu yg baik, kongsi sama2.. =)

sekarang waktu naik wad jumpa pesakit..bincang2 pasal makanan (kerja aku ..hehe)

salam alaik...

No comments: