Powered by Blogger.
RSS

Thursday, July 7, 2011

“Kau peduli apa. Kubur masing-masinglah”



MasyaAllah...ayat yg sangat pedih bagi aku bila pernah dulu aku terdetik bnda yg sama....Ampunkan dosa hambuMu ya Allah...sebelum memulakan tulisan ni, ingin sy kongsi sesuat utk para isteri..

Sabda Rasul SAW tentang kaum perempuan dalam hadits di bawah ini :

“Dulu aku pernah diperlihatkan api neraka. Tidak ada satupun pemandangan yang paling buruk seperti pemandangan yang kulihat waktu itu. Aku juga melihat sebagian besar penghuninya adalah kaum perempuan,” Ada yang bertanya ,”Kenapa , wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Karena KEKUFURAN mereka” Ada yang bertanya, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur kepada suami dan kufur kepada kebaikan. Jika kamu (laki-laki) berbuat baik kepada salah seorang dari mereka (istri) selama setahun penuh, kemudian dia melihat sesuatu (yang tidak menyenangkannya) dari dirimu maka dia berkata,”Aku tidak pernah sekalipun melihat kebaikan darimu.” (HR Bukhari dlm pembahasan tentang Gerhana)

Bila org memberi nasihat, dengar dengan baik jika tidak mahu mengikutnya pun...mendengar nasihat kadang2 blh membuka pintu hati utk berubah walaupn pada niat asalnya tidak mahu kata..kadang2 kita nsihat orang, kadang2 orang nasihat kita..bukankah kita disuruh saling ingt memperingati?? jika tidak mahu mendengar pun jangan dijawab dengan perkataan yg kurang sopan dan boleh mngguris hati org yg mmberi nasihat...mereka tidak meminta bayaran, cuma memperingati sesama kawan islam..
mereka hnya menjalankan tugas kereka...

“Sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka” (QS Ar-Ra’d :40)

Nauzubillah bila Allah murka dan firmanNya terkena kita....

“Dan kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya pada permulaannya” (QS Al An’am:10).

Sentiasa kita berdoa supaya Allah tidak menutup hati kita dari menerima sebarang kebaikan dan peringatan kerana kita hamba yg sntiasa lalai...



Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang.

No comments: