Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, July 13, 2011

Istikharah...

Dlm minggu nih kepala aku asyik fikir pasal ni je...adakah aku mmbuat keputusan yg betol? aku masih bertanya dalam diri aku kenapa aku mmbuat keputusan ni? duit? pangkat? kepuasan? iatau untuk mencari ketenangan dgn haluan hidup lain...

aku sudah suku jalan menuju ke arah itu...patah balikkah? atau teruskan sehingga ke hujungnya??

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yg sesuai dengan hidupku, yg sesuai dengan diriku, yg sesuai dengan jiwaku...berikanlah kekuatan hati kepadaaku untuk teruskan perjuangan ini atau matikan hati aku smpai di sni mngenainya...


aku percaya semua yg Engkau berikan adalah yg terbaik untuk diriku...jauhkan aku dari memilih kerana nafsu dunia... dunia yg dicari tercicir, akhirat ntah kemana... jgn jadikanku insan paling rugi di dunia, kecewa di akhirat.. aku terima segala kata hatiku dengan perbincangan akalku kerana aku tahu Engkau pengawal setiap sesuatu..

“Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua perkara yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Maha Mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak juga sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (QS. Al-An’am: 59)

Ilmu manusia....

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Betulkanlah niatku Ya Allah..supaya aku tegolong antara mereka yg bertuah di dunia dan bahagia di akhirat...betulkan niatku...betulkan niatku...

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain

PELAJARILAH ILMU, KERANA....
-Mempelajarinya kita akan takut kepada ALLAH
- Menuntutnya adalah ibadah
- Membincangkannya adalah bertasbih
- Mencarinya adalah jihad
- Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah
- Memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada ALLAH .

KERANA ILMULAH..
~ Petunjuk daripada ALLAH antara halal & haram
~ Menara kepada penghuni syurga
~ Teman disaat kesunyian
~ Rakan dimasa keseorangan
~ Teman berbicara..
~ Petunjuk kepada yang membawa bahagia & membawa kecelakaan
~ Senjata dalam menghadapi musuh
~ Perhiasan disaat bersama teman-teman

DENGAN MENGUASAI ILMU .....
* ALLAH mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum
* ALLAH akan jadikan mereka pemimpin yang tegak
* Jejak langkah mereka diikuti
* Perbuatan mereka dicontohi dan
* Pendapat mereka dijadikan pemutus

DENGAN ILMU... Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggi didunia & diakhirat ..

No comments: