Powered by Blogger.
RSS

Friday, August 12, 2011

Aku Cuma budaK KamPung

Aku cuma budak kampung...

Yang hanya mampu membuat tabung dari buluh..kumpul duit sekolah untuk beli mainan kegemaran..

Yang hanya mampu membuat joran dari kayu buluh untuk mengail ikan di sungai..

Yang menghabiskan lebih separuh hidupku di bawah teratak usang..hujan tiris..tengahari panas..

Yang hidup bersama selut lumpur lembu di padang..

Yang meja belajarku adalah tangga rumahku..

Yang kipas anginku adalah bayu petang..

Yang kawan karibku adalah basikal buruk tanpa tongkat..

Yang permainan petangku bukan PS2, bukan Xbox atau gameboy..hanya bola dan tin..

Yang kasutnya hanya ditukar dua tahun sekali

Yang tidak pernah merasa baju melayu sepasang di hari raya

Yang mundar mandir dengan kereta buruk abah


TAPI

Aku xpernah merungut

Aku xpernah menangis kerana kedaifan

Aku xpernah meminta sesuatu yg aku rasa tidak termampu

Aku xpernah berbohong untuk mengatakan aku bukan orang senang


KERANA

Aku sedar diri aku xmampu untuk semua itu

Aku sedar hidup aku bukan semata2 untuk itu

Aku sedar aku hanya budak biasa yg dulunya xpernah terfikir utk berjaya

Aku sedar semua harta , jika bukan dengan hasil usahaku sendiri adalah seperti meminta-minta harta orang

Aku sedar aku adalah seorang yg sederhana...xde style..xde gaya..xcool..xstylo..



SEBAB AKU HANYA BUDAK KAMPUNG








No comments: