Powered by Blogger.
RSS

Tuesday, August 2, 2011

Mahu mencari suami atau isteri??


Ramai orang masih tercari2 wanita/lelaki yg paling sesuai utk mereka...
Ada yg mencari kecantikan..ade yg mencari keserasian...yg penting, anda letakkan yg mana satu sbgai priority?? ;)

Saya terjumpa artikel ni waktu tgh taip dlm 'google' pasal kawen berlainan negeri..eemmm dan Ooopsss.~! hehe..lalu terjumpa artikel ni kt Utusan Malaysia..

Just nk share utk tatapan kawan2 yg terbaca post ni...sy bagi olahan la sikit2.hehehe...


Antara ciri2 ASAS yg perlu dicari beserta olahan dari aku aka keyo ;p ...

  • Jujur dan Setia
    - Pilih pasangan yang jujur dalam sebarang tindakan. Pasangan yang saling setia dan mencintai lebih kekal. Cinta adalah dasar dalam ikatan hubungan suami isteri. **ni paling basic kot...kalau xleh jujur dan setia baek xpayah bercinta awal2 lagi..kang buat penat je lama2 bcinta, dia jatuh cinta kt org laen lak..**

  • Penampilan menarik
    - Menarik tidak harus selalu cantik dan seksi (wanita) dan kacak (lelaki), memadai penampilan yang sedap mata memandang. ** yg ni pnting gak sbb dr mata jatuh ke hati..dh tua krepot nti laen citerla sbb sama2 dh tua..hehe..tp cinta ttap sama mcm waktu muda2..wink3 **

  • Taat pada agama
    -Ciri penting sebagai pembimbing untuk masa depan keluarga dan anak. Carilah pasangan yang soleh (lelaki ) dan solehah (isteri). **yg cukup sembahyang 5 waktu xpayah suruh, tutup aurat dan xgatai2 atau menggalak dgn jantan2 **

  • Pandai atau pintar
    - Ia penting sebagai peneraju dalam mengurus rumah tangga dalam pelbagai aspek terutama mendidik anak dan kedudukan kewangan. ** ni kriteria penting bagi aku la...xperlu bijak berkata2 atau bijak dlm matematik..hanya bijak mengatur kwangan family dan menjaga anak2 kerana selain isteri, wanita juga sebagai pembantu keluarga..permaisuri hatiku..wink3 sekali lagi..hehe **

  • Tidak materialistik
    - Pilih pasangan yang mempunyai sifat kesederhanaan dan bukan pengikis. ** aku paling suke wanita yg sederhana..dlm hal membeli belah, hal makanan, tempat tinggal dan segalanya..cukup besederhana..mereka cukup dgn apa yg suami mereka mampu berikan dan dlm masa yg sama, bersama2 menjana ekonomi keluarga..wanita yg pnuh inisiatif mcm ni mmg sgt2 kutagih dlm idup..chewaaahh~ ^__^~**

  • Tidak emosional
    - Murah senyum, lemah lembut, tidak suka marah dan tidak mudah tertekan ketika berhadapan dengan apa juga masalah, sama ada urusan rumah tangga atau kerja. ** tiap2 hari kena marah, kena tengking, kene pujuk ..adoiii..xlarat nk idup camtu sepnjang hayat..impianku (suka hati nk letak impian aku pn dh blog aku...hahhaha) wanita yg hnya membebel pda tempat2 tertentu sahaja...bukan setiap masa nk mmbebel..pastu jenis yg rileks2 je jika sumthing happened..xgelabah, xkalut2 marah suami..sama2 cari jalan keluar..p/s: klu xmembebel lgsung tu bukan pmpn la..kene check balik ;p **

  • Sihat termasuk aspek jasmani dan rohani
    - Pilih yang sihat, cerah, kuat dan bukan mudah dijangkiti penyakit serta subur untuk memberikan keturunan. ** setiap orang mahukan psangan yg sihat dan kuat.bebas penyakit dan sebagainya..klu dh kawen then tiba2 ada penyakit tu laen citerla..nak xnak, tu bini kita..kena jaga sepenuh hati kita..so, siasat dlu family history sbelum nk lebih2 wat bini..hehe..laki lak kena slalu bsenam supaya sihat tubuh badan..**

  • Mudah dikawal
    - ** mudah dikawal maksudnya seorang yg senang dengar kata suami..xsuka membantah dan xsuka tunjuk pandai lebih...pandai memang perlu tp kena jugak jaga air muka suami..nnti malu suami depan2 org ramai bini kita cakap byk sangat smpai xtau mne pgkal hujung...malu kt kawan2 beeebbb~! huhuhu **


  • Persetujuan ibu bapa dan keluarga
    - Restu daripada ibu bapa penting untuk keberkatan rumah tangga.** ni yang paling penting..restu ibubapa..jika mak restu, kawin pi lah ngn org senegal skalipun...xde nk marahnye..InsyaAllah bahagia..so, bagi aku, aku suke bawak dulu calon isteri jumpe mak ayah sbelum STEP merisik biar smua knal dlu..orang tua pandai bca riak muka n gerak geri seseorang...kena dapatkan analisa dr ma n abah dlu..aku bkn jnis sembunyi ngn ma abah jika ada seseorang dlm idup..biar mereka knal skali...xkenal maka xcinta..bila mak kita pn dh sayang , dh suke..lagila bertambah sayang kita kat dia.. ;) **


  • Aku mungkin tiada hak untuk memilih kerana jodoh pertemuan di tangan Allah..tapi aku cuba dapatkan ciri2 tersebut dari wanita g bakal mnjadi isteriku kelak...bukan kesempurnaa yg aku harapkan, cukuplah sekadar ksesderhanaan dlm setiap perkara..tiada manusia yg sempurna, aku tahu...tp aku juga tahu, Allah menciptakan manusia sebagai sebaik2 ciptaan..aku percaya aku dpt temui ciri2 ini..jika tiada sekalipun, aku masih percaya, Allah Maha Mengetahui lebih dari aku mngenali diri aku sendiri...

    p/s: langkah pertama, ubah diri sendiri dulu sebelum meminta apa2 kerana apa yg anda beri, anda akan dapat kembali... :)


    No comments: